Nuffnang Ads

Thursday, 5 October 2017

smartphone murah terbaik 2017

Mendapatkan smartphone yang sempurna dibawah RM500 sudah tentunya agak tidak realistik, namun mendapatkan yang berbaloi serta cukup untuk kegunaan seharian sudah tentunya ada. Berikut merupakan cadangan kami mengenai 5 smartphone berbaloi anda boleh dapatkan ketika ini.

1. Xiaomi Redmi 4A

Salah satu smartphone yang dilancarkan Xiaomi pada tahun ini adalah Xiaomi Redmi 4A. Dari segi rekabentuk, Xiaomi memilih untuk menggunakan material metaldan dipadankan bersama dua warna menarik iaitu kelabu dan emas.
Xiaomi Redmi 4A hadir dengan RAM sebesar 2 GB dan processor terbaru dari Qualcomm siri 400 iaitu Snapdragon 425. Satu perkara yang kami sangat suka mengenai Xiaomi Redmi 4A ini adalah kapasiti baterinya yang sangat besar iaitu 3125mAh.
Dalam erti kata lain, anda tidak perlu lagi panik mencari powerbank atau mengecas Redmi 4A seusai seharian penggunaan. Oh ya, kameranya juga boleh tahan cantik dengan penyertaan kamera belakang 13 megapixel dan 5 megapixel di bahagian hadapan.
Dengan harga permulaan RM459 untuk ruang storan 16 GB dan RM499 bagi ruang storan 32 GB, telefon pintar ini lebih dikhususkan buat mereka yang sedang mencari telefon dengan model terbaru, serta spesifikasi yang boleh tahan menarik bersesuaian dengan harganya. Anda boleh dapatkannya di sini dengan waranti daripada Xiaomi Malaysia.

2. BLU Grand M

Sekiranya anda sedang mencari smartphoneyang mempunyai tanda harga sedikit rendah, mungkin BLU Grand M antara yang anda boleh pertimbangkan. Tersenarai sebagai smartphone harga terendah berbanding 5 smartphone yang disebutkan, BLU Grand M berjaya menawarkan skrin 5.0-inci beserta kemasan metal di bahagian belakang.
Dari segi spesifikasi, BLU Grand M mungkin bukanlah yang terbaik dengan penyertaan Mediatek 6580 dan RAM 512 MB. Cukup untuk sekadar untuk digunakan sebagai telefon kedua atau kerja-kerja ringan seperti Whatsapp dan Telegram.
Lebih sebab untuk anda dapatkan telefon pintar daripada BLU ini kerana anda berpeluang untuk mendapatkan telefon pintar flagship daripada BLU Pure XRbernilai RM1799. Peraduan#BLUxLazadaMY anjuran BLU dan Lazada ini boleh disertai sehingga 25 May 2017.

3. Samsung Galaxy J3 2016

Dikeluarkan sebagai smartphone entry leveldaripada Samsung, Galaxy J3 ini berjaya menawarkan spesifikasi RAM 1.5 GB dan ruang storan 8 GB. Sekiranya ruang storan yang ditawarkan sangat sedikit bagi anda, pilihan untuk menyertakan mikro SD turut disediakan.
Antara sebab utama Samsung Galaxy J3menjadi pilihan adalah kerana jenamanya yang kuat beserta skrin Super AMOLED yang sangat terang. Selain itu, tahukah anda Samsung Galaxy J3 ini berjaya tersenarai sebagai 5 smartphone paling banyak dibeli oleh pengguna sepanjang 3 bulan pertama 2017. Klik di sini untuk dapatkan Samsung Galaxy J3 dengan harga RM499.

4. Asus ZenFone Go

Buat anda yang sudah terbiasa dengan user interface Zen UI, smartphone Asus ZenFone Go yang ditawarkan pada harga RM419 ketika ini antara yang anda boleh pertimbangkan.
Berdasarkan harga yang ditawarkan, boleh kami katakan spesifikasi yang disertakan pada Asus ZenFone Go ini boleh dikatakan agak menarik. Skrin 5.0-inci HD, Snapdragon 410, RAM 2 GB dan 16 GB ruang storan antara yang tersedia pada smartphone ini.
Ditambah pula dengan penggunaan Android 6.0, sedikit sebanyak bakal membuatkan penggunaan telefon pintar ini berjalan dengan lancar. Dari segi kamera, Asus ZenFone Go disertakan dengan kamera belakang 13-megapixel manakala di bahagian hadapan dengan kamera 5-megapixel.
Slot dwi-sim yang tersedia pada smartphone ini mungkin akan memudahkan anda yang menggunakan 2 nombor atau telco berbeza menggunakan Asus ZenFone Go untuk kegunaan harian.

5. Xiaomi Mi 4

Untuk pengetahuan anda, smartphone Xiaomi Mi 4 ini merupakan model yang telah dilancarkan 3 tahun lepas. Namun dengan penawaran diskaun berganda daripada Lazada serta spesifikasinya yang ditawarkan, Xiaomi Mi 4 boleh dikatakan antara yang masih terbaik anda boleh dapatkan ketika ini.
Berbincang dari segi spesifikasi, sememangnya Xiaomi Mi 4 merupakan juara berbanding 4 smartphone yang telah dibincang diatas meskipun hadir sebagai model yang lebih awal.
Xiaomi Mi 4 merupakan satu-satunya smartphone yang ditawarkan pada harga dibawah RM500 dengan RAM 3 GB dan Snapdragon 801. Memandangkan Xiaomi Mi 4 merupakan smartphone salah satu smartphone flagship daripada Xiaomi, model ini turut menggunakan skrin 5.0-inci Full HD.
Kamera 13-megapixel dipasangkan bersama sensor Sony IMX214 pastinya tidak akan membuatkan anda menyesal untuk mendapatkan imej yang baik. Berikut merupakan sampel imej daripada Xiaomi Mi 4.
Boleh tahan cantik bukan untuk sebuah smartphone yang berharga RM459. Salah satu perkara yang tidak perlu anda risau mengenai model ini adalah Xiaomi Mi 4 sebenarnya masih menyokong versi terbaru MIUI iaitu MIUI 8 sepertimana yang digunakan pada smartphone terbaru Xiaomi iaitu Mi 6. Anda boleh dapatkan Xiaomi Mi 4 dengan harga diskaun di sini.

Rumusan

Sekiranya anda buntu untuk mendapatkan smartphone manakah yang terbaik untuk anda, ini merupakan cadangan dari kami. Buat anda yang mahukan spesifikasi terbaik serta sering mengambil gambar dan mahukan imej yang terbaik di setiap foto yang diambil Xiaomi Mi 4 antara yang terbaik kami cadangkan.
Jika anda seorang yang mahukan smartphone model terbaru dan mementingkan penguasaan bateri untuk kegunaan sepanjang hari, Xiaomi Redmi 4Ayang perlu anda pilih. Anda boleh dapatkannya di sini terus daripada Xiaomi Malaysia.
 Asus Zenfone Go dan Samsung Galaxy J3masing-masing mempertaruhkan jenama mereka yang kuat. Sangat sesuai buat anda yang sudah selesa dengan jenama ini. Dari segi spesifikasi dan harga, kedua-duanya boleh dikatakan agak berbaloi untuk didapatkan.
BLU Grand M pula hadir sebagai smartphonedengn harga yang lebih rendah. Cukup sekadar digunakan sebagai telefon kedua atau tugas yang tidak begitu berat berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.
Smartphone manakah yang akan anda pilih dengan budget dibawah RM500? Komen dan nyatakan sebab di ruangan komen dibwah. Kami akan membawakan konsep artikel yang sama selepas ini dan pastinya dengan budget berbeza khusus buat semua pembaca Vocket.

smartphone terbaik 2017

Smartphone terbaik 2017 ? Satu persoalan yang agak sukar untuk dijawab memandangkan banyak faktor yang perlu diambil kira sebelum satu senarai lengkap dapat dikeluarkan.
Untuk artikel kali ini, kami mengambil faktor smartphone mana yang dilengkapi cip pemprosesan terbaik yang boleh anda dapatkan di Malaysia ketika ini. Cip pemprosesan Snadragon 835 merupakan processor tercanggih yang ada buat masa ini dan beberapa peranti telah pun muncul dilengkapi dengan SD835.
Infografik dibawah dihasilkan oleh saya sendiri untuk memberi gambaran ringkas mengenai beberapa peranti dengan Snadragon 835 yang telah pun mula ditawarkan secara rasmi di Malaysia.
Buat masa ini terdapat empat peranti Snapdragon 835 yang telah pun mula dijual di Malaysia. Oneplus menawarkan Oneplus 5 melalui pengedar rasmi mereka Brightstar, HTC menawarkan flagship terkini mereka HTC U11, Sony menawarkan Sony Xperia XZ Premium dengan kamera super slo-mo mereka dan tak ketinggalan Xiaomi dengan Xiaomi mi 6 mereka yang ditawarkan oleh penjual tempatan.
Jadi antara empat ini yang mana paling berbaloi untuk dimiliki? Jawapan tersebut bergantung kepada apa yang anda pentingkan ketika memilih peranti pintar. Secara atas kertas dan sesetengah daripada peranti ini telah pun terbukti kehebatan masing-masing.
HTC U11 memegang takhta kamera terbaik menurut DXOMark dan beberapa ulasan memuji ketahanan bateri peranti flagship tersebut. Akan tetapi ia hadir dengan antarmuka HTC dan mungkin bagi sesetengah pengguna yang lebih menyukai antaramuka stok android akan beralih arah kepada peranti lain.
Oneplus 5 turut menyerlah terutama dalam aspek prestasi. Snapdragon 835 dibantu dengan ram sebesar 8GB ram, memori terbina 128GB dan OxygenOS yang mengambil inspirasi daripada Google stok android. Dari segi kamera, DXOMark memberi skor keseluruhan sebanyak 87 skor, menempatkan Oneplus 5 ditangga keempat sebaris dengan beberapa peranti lain. Secara peribadi, ini merupakan pilihan saya.
Bagaimana dengan Sony Xperia XZ Premium dan Xiaomi Mi 6? Sama seperti HTC U11, cemerlang dari segi prestasi dan mungkin kurang dari segi kamera (Xiaomi Mi 6) namun tidak boleh dipandang ringan. Sony Xperia XZ Premium dengan kamera super slo-mo mereka adalah satu ciri-ciri yang amat menarik perhatian. Akan tetapi bila difikirkan semula, berapa banyak video super slo-mo yang anda ingin rakamkan? Adakah pada setiap masa? Tepuk dada tanya dompet masing-masing.
Jadi apa faktor terbaik yang boleh dinilai sebelum pembelian dilakukan ? Jawapan terbaik ialah lihat pada harga yang ditawarkan. Kesemua peranti yang ditawarkan mempunyai prestasi cemerlang yang hampir sama akan tetapi mempunyai jurang perbezaan harga yang jauh.